Saturday, April 25, 2009

Sesuatu yang baru kami miliki

Salam,

Lame sungguh ina tak mencoret di blog ni.. nak cerita sedikit last two weeks kami telah membeli sebuah meja ping pong.. bukan main semangat babah nya untuk mendidik anak2nya menjadi pemain ping pong terkenal suatu masa nanti.

Percaya atau tidak meja tu dipasang dalam rumah dan terpaksalah meja makan dan TV dianjakkan.. Rasanya nanti bila nak raya kena simpan lah yer.. Impian kami memang ingin mendidik anak 2 kami supaya dapat mengharumkan nama negara.. Juga dijadikan riadah keluarga kami bila ada masa terluang.. Bajet tu pula kami perolehi dari hadiah yang diterima oleh ina sempena penganugerahan perhidmatan cemerlang 2008 yang bakal ina terima 29hb ini. Ina mendoakan agar dengan berkat wang itu nanti ina dapat sumbangkan semula kepada negara.

Kemudian dengan bajet itu juga dapatlah menambah water heater dirumah ni yang menjadi keperluan untuk budak2 ni mandi pagi taklah berebut dengan bilik air bawah..

Harapan kami semoga anak2 kami ini dapat menjadi atlit sukan ping pong.. Amin..

Da Wassalam..

No comments: