Tuesday, March 10, 2009

Kami sudah tonton Geng: 'Pengembaraan Bermula’

Assalammualaikum,

Semalam memang tidak dirancang on the spot jer ina ajak hubby gi tengok cinema cerita Geng. Cerita 3D animasi yang mula2 aritu memang fully booked, so kitowang tunggu la reda sket dahulu. Budak2 pun sibuk nak tengok cerita tu. So kami cuba lah tengok kat GSC, Alamanda kot2 ada kosong.. kami sampai dalam pukul 8 malam. Ternyata memang banyak lagi kerusi yang kosong. So kami duduk di bahagian tengah sekali, sempat juga la gi soping dulu di carefour untuk beli barang keperluan. Rasanya kali kedua pengalaman Syahmi dan Syaza cuma mereka tak ingat sebab masa dulu dorang kecik dan dah lama kami tak menonton. Mirza memang first time dia tengok wayang ni. Mirza nampak cemas sket sebab dia tengok skrin tu besar ngan sound system yang kuat. Dia memang penakut sket dengan bunyi yang kuat. Jadilah budak baik senyap jek and last2 tido jugak yerla kami tengok tayangan pukul 9.30 malam.

Komen ina pada cerita ni memang menarik dan unsur2 fantasi yang digarapkan. Ada suspen, seram dan sedih. Background memang cantik dan 3D animasi yang kemas. Memang susah kerja2 production ni sebab ina ada pengalaman bersama budak2 yang buat video klip TYCO dulu. Cuma jalan cerita yang agak panjang, budak2 hilang minat sikit sebab anak ina syahmi sibuk nak balik dia kata lama sangat.

Ina ucapkan syabas kepada team yang buat cerita 3D... kerja selama 3 tahun memang tidak sia2.
Adios.
Wassalam

1 comment:

CoNniE said...

sng kan pegi time org dah kurng tgk, tak mcm awal2 dulu cite ni kuar.. huhu..

tp kite jgk yg tak smpt nk pegi tgk..
hhehe...