Saturday, April 25, 2009

Sukan Tahunan Tadika YADIM Kali Ke-8 2009

Assalammualaikum,

Sekejab je masa berlalu dah tiba sukan tahunan bagi Tadika YADIM yang telah berlansung ahad lepas. Ina terpaksa juga pergi seorang tanpa ditemankan oleh Ijam atas sebab Ijam ada Pertandingan Amatur Sukan Ping Pong di Bangi. Namun begitu ia tidak mematahkan semangat anak-anak kami untuk bersukan pada hari itu. Cuma Ina tak dapat la join acara ibu bapa kerana membawa si kenit tu bersama. Tapi rasa tak menyesal pun kerana acara ibu tiup belon sampai pecah... ishhyy ina memang takut nak tiup sampai pecah hehe... Ijam pencapaiannya semasa pertandingan dapatlah masuk suku akhir bagi acara perseorangan dan bergu.

Acara dimulakan dengan persembahan tarian dari murid tahun 5 dan 6. Syahmi masuk tarian iban kot huhu.. sebab cara persembahan dia.. tapi yang kelakar tu dia boleh beraksi pulak lepas tu.. nak kata bersilat cam kung fu pun ada huhu..

video


Syaza yang mewakili rumah Biru memasuki acara Lompat belon kemudian match card.. kita boleh lihat aksinya di bawah ini.. dan menjadi Johan acara tersebut.

video


Syahmi mula mewakili rumah Merah bagi acara lompat dalam guni (tapi pakai kain sebenarnya hehe..)namun tewas juga dapat tempat ketiga sebab kawan dia yang akhir sekali perempuan pastu ada ibu bapa yang bukan main seronok menyokong ni ingatkan dia bukan yang terakhir dan budak perempuan ni telah patah balik.

video



Pertandingan Amatur Sukan Ping Pong Adun Serdang



Lupa plak cerita pasal Ijam hehe... ada juga gambar yang sempat diambil semasa pertandingan tersebut yang berlansung selama 2 hari..


















Ini lah rakaman yang dibuat sewaktu ijam tewas ditangan brother ni.. badan dah lebih kurang sama tu..

video


video

No comments: