Salam,
Ingin ina berkongsi mengenai anak bujang ina seorang tu.. semasa hari pertama persekolahan dia terjatuh sewaktu kawan dia tolak di bilik air sekolahnya dan luka di kepala dan pengetua tadika YADIM telah membawa terus Syahmi ke Hospital. Ina puji juga sikap cikgu dia yang bertindak pantas dan dapat mengelakkan pendarahan yang lebih banyak. Syahmi menerima 5 jahitan dan luka nye tidak terlalu dalam tetapi agak panjang.
Masa cikgu dia telefon ina kebetulan turun makan awal di kafe Mahkamah dalam jam 12.30 tgh, tak sempat ina habiskan makanan ina terus bergegas ke Hospital. Ina terus hubungi Ijam dalam perjalanan tersebut.
Alhamdulillah babah dia sampai awal, Ina kalau ikutkan tak sanggup nak tengok Syahmi kena jahit. Meraung jugak dia sampai kedengaran kat luar.
Syahmi ni memang suka bergurau dan kadang2 kasar jugak walaupun badan kecik camtu.. apa pun amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana semuanya adalah dugaanNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alahai Ina.. trkejut membaca nya..
kdg2 bebudak nie ssh nk duga ape2 perkara yg berlaku... Nak nak kt sekolah kan, takde dpn mate kite.. haihh...
Hrp lps ni takde ape2 kejadian lagi lah..
Post a Comment