Thursday, December 25, 2008

Reunion ex-SKKP 86-91 @ Hotel Impian Morib, Banting (29-30 November 2008)

























Kami ingin berkongsi gambar kenang2an yang diambil sewaktu kami pergi ke Reunion sekolah rendah Ina di Sek. Kebangsaan Kg. Pandan atau nama kini Sek. Kebangsaan Tun Hussein Onn yang terletak di Kg. Pandan dalam. Sewaktu ina beritahu pada teman2 sepejabat dan teman yang lain rata2 mereka terkejut kerana jarang2 sekali Reunion melibatkan Sekolah Rendah ini. Idea ini tercetus dari sepasang teman kelas Ina yang telah berkahwin.. merekalah yang bersungguh-sungguh mengumpulkan nombor telefon teman2 yang lain.

Alhamdulillah Reunion kami buat pertama kalinya berjaya dilaksanakan bulan lepas. Cuma Ina yang tidak berkesempatan untuk membuat catatan di sini.

Ina juga berbesar hati kerana cikgu kelas kami turut hadir dan bermalam untuk bertemu semula sekian lama setelah 17 tahun tidak bertemu kami. Rata2 wajah teman2 yang tidak banyak berubah dan hanya seorang sahaja yang Ina tidak kenal pada mulanya. Harapan Ina agar tahun hadapan dpat meneruskan tradisi ini.. semoga ikatan 'Keluarga Kami' ini dapat berkekalan.. Sila layari blog sekolah Ina untuk berita selanjutnya..atau 'Keluarga Kita' kami Kelas Kenanga 86-91 ex-SKKP.

Friday, November 21, 2008

ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Wednesday, November 12, 2008

Majils Konvokesyen Tadika YADIM kali ke-7

Salam,

Ahad baru2 ini, kami ke Majlis Konvokesyen Tadika YADIM, pastu terlambat la sket datang rupanya aturcara start pukul 9.00pg. Sempat la gi.. breakfast dulu.. Tapi budak2 nie blom la grad lg sebab dua2 lom 6 tahun lagi..

Okay lihat la beberapa gambar ini..

Sunday, November 2, 2008

Cool Photo Funia Effect



Saja boring2 tgk member wat cam best jek just follow la nie hehe... www.photofunia.com

Wednesday, October 15, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008



Gambar ini dirumah Ijam di Kuala Pajam, Beranang. Maaf kepada saudara n kengkawan sumer yang tak dapat kami g beraya sebab anak kami demam pada raya pertama tu.. Ingatkan dah okay raya kedua g beraya gak.. Raya ketiga dok umah jek.. percutian kami ke Cameron pun terpaksa dibatalkan.. tempat sejuk takut melarat plak.. Ina pun demam raya keempat.

Jangan lupa yer datang umah.. sentiasa open jek nie...

Okay Da Wassalam.

Monday, July 28, 2008

2th Mirza's Besday

Salam,

Genap lah anak kami mirza or kitowang panggil nama manja dia 'gebe'.. 2 tahun.. Kami raikan kat Baskin Robin, Alamanda.. makan aiskrim kek sepuas2nya.. Mirza ni baru nak pandai cakap itupun belum susun ayat hanya dua patah jek.. kire dia nie yang paling lewat sket tapi gigi yg penuh dulu.. Sebab dia yang bongsu sekali so memang paling manjalah.. orangnya penakut sket cam abang dia hehe.. pantang kalu dengar bunyi yang kuat.. Semoga anak kami ini senantiasa dirahmati dan sihat walafiat dan dijauhi dari musibah.. Amin..


Friday, July 25, 2008

Perjalanan kami ke negeri cik siti wan kembang



Salam,

Erm baru lah ada peluang untuk pindahkan gambar2 kami sekeluarga di Kelantan. Pada tanggal 21-25 yang lalu ina bertugas di mahkamah Kota Bharu, lantas kami sekeluarga pun bercuti sekali lagi.. mood cuti2 malaysia kami kembali lagi hehe.. Kami tiba di pantai cahaya bulan pada waktu maghrib.. selepas makan kami terus check-in hotel penat betul rasanya.. esok pagi2 dah kena bertugas..

Seperti yang dijangka hari pertama proses instalasi sistem e-SKHD belum lagi selesai kerana ada masalah pada port network di kaunter. Pada belah petang baru setel, Ina, staff mahkamah n yus tu mula pasang PC di kaunter. Setelah proses migrate data dari sistem lama, esok kaunter akan live guna sistem baru.. aritu juga ina bg training pada user. Selesai bertugas jam 6 lebih aku pu pulang ke hotel.. erm macam mana lah agaknya keadaan anak2 aku n hubby ina setelah peninggalan ina.. sesat sepeti yang dijangka tersalah masuk simpang.. erm berpusing2 mencari arah ke town semula baru la jumpa jln sampai hotel sudah maghrib.. Ina bersiap2 dan kami keluarga makan dan ronda2 sekitar town Kota Bharu.

Hari kedua bertugas, kaunter mula beroperasi menggunakan sistem baru. Banyak ler problem yang timbul dari segi workflow kerja yg dh berubah.. rata2 tak berapa menyukai sistem baru ini yang agak lambat prosesnya berbanding dulu.. Namun begitu ada satu PC tu guna internet time pastu guna sydney nye GMT haru la suma kalut sebab tarikh dah pergi hari esok.. Hehe tak makan ler kitowang lunch tu sebab pening camne dengan collection kaunter tu yang patutnya di bank-in hari tersebut. Alhamdulillah semua dapat diatasi oleh kami.. Balik hari tu dalam pukul 6.. tk dapat lagi la nak singgah ke pasar siti khadijah.. Malam tu kami ke wakaf che yeh tapi malangya hujan plak renyai2. So kami pusing2 sahaja sekitar kemudian pekena satay baung.. anak2 kami suka sebab manis sangat..

Hari ketiga merupakan hari terakhir aku di Mahkamah KB, kena buat FAT untuk penyelia n user. Kalut jugak ler sebab takda masa sangat, kemudian nak lari kejab beli serunding pun takde masa.. Balik jam kul 5.30.. ina n yus bergegas ke pasar siti khadijah target utama mula2 nak cari tudung pstu nk beli serunding.. tapi dah lame sangat kat tempat tudung tu.. dah semua gerai tutup da.. sampai kat luar ada lagi gerai buah2 apa lagi beli buah mata kucing n langsat... Hari ni ijam nak balik jugak sebab esok jumaat dia nak kerja.. so sampai hotel dalam pukul 6 lebih, berkemas dan check out dalam pukul 7. Kemudian kami terus mulakan perjalanan pulang.. Ijam kata balik nie kena lalu terengganu sebab jalan kat gua musang tu bahaya sket waktu malam begini.. So kami pulanglah ikut terengganu, dapatlah singgah dulu kat keropok lekor kat pantai cahaya bulan tu, ingat nanti nak beli keropok kat terengganu pula. Sampai terengganu hujan selebat2nya waktu kami makan di restoran tomyam di bandar KT. Jam dah menunjukkan jam 12 malam, ijam cuba cari exit ke highway pantai timur rapi tak jumpa akhirnya kami ikut jalan lama ke kuantan.. Sampai Cherating, jam 4 pagi, ijam akhirnya pasrah kami tak dapat meneruskan perjalanan kerana terlalu penat rasanya dah 7 jam kami di atas jalan. Akhirnya kami mengunap di sebuah hotel berhampiran.

Tidur sungguh lena sampai tak larat bangun, jam dah pukul 9.30 apa lagi bergegas ler bersiap untuk sarapan kang termiss plak rugi.. setelah makan kami sempat lagi bawa anak2 kami mandi kolam renang. Jam 1 petang kami check-out dan meneruskan perjalanan pulang.. Dalam perjalanan, ada juga kami singgah membeli keropok dan sotong kering, maklumlah kat kelantan n terengganu tak banyak masa.. Peliknya dalam banyak2 keropok lekor yag kami beli yang kat cherating nie lagi sedap.. Kami singgah makan di kaki gunung simpah.. Kami selamat tiba dirumah jam 6.30 petang, masing melabuhkan badan kepenatan..

Begitulah ceritanya perjalanan kami.. untuk dikongsi bersama kalian..

Da Wassalam..

Sunday, July 20, 2008

Majlis Sukan Tahunan Tadika YADIM 2008 @ Sek Men P16

Assalammualaikum,

Kami sekeluarga baru sahaja pulang dari annual sport Tadika YADIM.. seronok lihat anak2 kami terlibat dalam acara sukan. Gelagat budak2 yang lain.. Syahmi masuk acara jalan keretapi dan syaza pula bawa belon dalam sudu.. Syahmi sambil menunggu kawan2 dia sambung.. dia bole leka bermain.. kelakar lah bila sampai giliran dia nk bawak kawan2 yang kt belakang tu jalan seiring.. Syaza pula punya slow n steady bawak sudu tu.. lepas ummi dia bg semangat baru dia lari..

Erm ina pun masuk acara ibu cari selipar yng diselerakkan.. malanglah tak dpt hadiah pun tapi yang paling malang kena langgar.. ganas2 gak ibu2 nie cari selipar cam ala2 main ragbi siap langar2 orang.. aduhh sakit tau..

Ijam plak tak sangka la dapat juara makan rambutan paling pantas.. tgk la badan kan hehe..

Ok kitowang sharekn kat korang semua..
















Thursday, July 10, 2008

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan2

1 ekor Ayam

(Ditumis)
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 batang serai
3 inci halia
sedikit buah pelada, bunga cengkih dan kayu manis
2 helai daun pandan disimpul

--------------------------------------------------
3 biji bawang besar
5 helai daun pudina
satu cawan santan
3 biji buah tomato (dikisar)
1/2 cawan pes cili


Cara2:

1. Basuh ayam bersama tepung gandum, kemudian bilas dan toskan dan dikunyitkan sedikit bersama garam
2. Goreng ayam setengah masak
3. Tumiskan bahan2 tumisan, setelah agak garing masukkan pes cili
4. Masukkan tomato yang dikisar
5. Renihkan sebentar sehingga naik minyak
6. Masukkan ayam tadi
5. Masukkan santan bersama daun pudina
6. Masak sampai pecah minyak dan akhir sekali bawang besar yang telah dipotong bulat2.

Thursday, June 19, 2008

Kota Singa.. kami jelajahi..

Assalammualaikum,

Hye semua.. ina nak kongsi la pengalaman kami pergi singapore. Pada mulanya memang tak rancang pun.. ianya gara2 Ijam bekerja di sana dan ina pun sajalah nak ikut. Ijam pergi dulu kemudian baru ina menyusul. Mula2 pergi ke JB kemudian smpai City Louge.. Woodland checkpoint dan sampailah ke kranjit MRT station. Fuhh punya lah penat naik turun bas nak sampai situ.. erm serik gak sebab kena bawak mirza nie.. Alhamdulillah sampai singapore.. check-in hotel jam 2 petang..

Orang di sana ada yang baik hati.. tapi walau macam mana pun.. budi bahasa
memang tiadalah.. erm terasa bangga plak jadi rakyat malaysia yang kaya dengan budi bahasa

Buat bapa2 sekalian.. maaflah jika lambat ucapkan "Selamat Hari Bapa Sedunia.." Buat babah tersayang.. semoga akan tetap berada di samping kami.. "We Love U Babah.."



An 80 year old man was sitting on the sofa in his house along with
his 45 years old highly educated son. Suddenly a crow perched on their
window.

The father asked his son, "What is this?" The son replied "It is a
crow". After a few minutes, the father asked his son
the 2nd time, "What is this?" The son said "Father, I have just now
told you" It's a crow".

After a little while, the old father again asked his son the 3rd time,
what is this?"

At this time some expression of irritation was felt in the son's tone
when he said to his father with a rebuff. "It's a crow, a crow".

A little after, the father again asked his son the 4th time, "What is
this?"

This time the son shouted at his father, "Why do you keep asking me the
same question again and again, although I have told you so many times
'IT IS A CROW'. Are you not able to understand this?"

A little later the father went to his room and came back with an old
tattered diary, which he had maintained since his son was born. On
opening a page, he asked his son to read that page. When the son read it, the
following words were written in the diary:-

"Today my little son aged three was sitting with me on the sofa,
when a crow was sitting on the window. My Son asked me 23 times what it
was, and I replied to him all 23 times that it was a crow. I hugged him
lovingly each time he asked me the same question again and again for 23
times. I did not at all feel irritated I rather felt affection for my
innocent child".

While the little child asked him 23 times "What is this", the father
had felt no irritation in replying to the same question all 23 times and
when today the father asked his son the same question just 4 times, the
son felt irritated and annoyed.

Allah says:
“Thy Lord hath decreed, that ye worship none save Him, and (that ye
show) kindness to parents. If one of them or
both of them to attain old age with thee, say not "Fie" unto them nor
repulse them, but speak unto them a gracious word.
And lower unto them the wing of submission through mercy, and say: My
Lord! Have mercy on them both as they
did care for me when I was little”. (Surah Bani Isra’el (17); Ayah #
23~24)

Monday, June 2, 2008

6th wedding anniversary


Salam,

Ina:

Buat pertama ku memanjat syukur pada Ilahi kerana kami berpeluang bersama-sama menyambut hari yang bahagia pada tanggal 2 Jun ini.. Tarikh keramat inilah yang menyatukan hati kami.. selama 6 tahun bersama mengharungi liku hidup yang teramat sukar sekali... Maklumlah kena membesarkan anak-anak kami itu.. yang penting bagi ina.. agar anak kami itu cukup makan dan pakainya.. untuk kami ala kadar sahaja..Harapan ina pada ulangtahun kali ini.. agar hidup kami dicurahi rahmat dan dimurahkan rezeki dari Ilahi.. Amin

Nizam :

alhamdulillah segala pujian dan syukur kehadrat ilahi atas limpah kurnia dan kehendakNya keluargaku masuk ke tahun enam.harapan yang tidak terhingga ku pohon kepadaNya agar keluarga ini terus berkekalan sehingga hayat dikandung badan.buat isteri, anak-anak dan diri sendiri, kerjakanlah suruhan Allah S.W.T dan tinggalkan laranganNya.solat jangan tinggal,amalan ditingkatkan dan semoga kita ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sunday, June 1, 2008

Resepi :: Ikan Pari Bakar Bunga Kantan ::



Bahan2

2 ekor (kecil)/4 kerat Ikan Pari (boleh guna ikan lain spt Terubuk,Kembung,Jelawat dll)
Daun Pandan untuk membungkus
2 kuntum bunga kantan (diracik halus)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit/ kunyit hidup (lagi best)
1 sudu besar pes cili
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan A (dikisar)

7 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia

Bahan B (kuah air asam)
Air asam jawa
1 biji tomato (dipotong dadu)
3 ulas bawang merah
10 biji cili padi
kicap

Cara2
  1. Bahan2 asas dicampurkan dengan Bahan A untuk membuat perapan ikan.
  2. Balutkan ikan tadi dengan daun pandan (staple).
  3. Bakar sehingga masak.
  4. Nikmatilah bersama kuah air asam.

Thursday, May 29, 2008

6 days at India



trip ke india nie lebih kepada training product bry air.company ni mengeluarkan mesin pengering udara(dehumidifier),plastic dryer,heat recovery wheel dll.pengalaman,kalau nak cari makan yg halal memang susah seminggu makan maggi (3 bungkus sehari).
gajah pun on the road.

Monday, May 26, 2008

From my beloved doughter..

Salam,

Catatan kali ini ina nak letak satu hasil seni anak ina yang no.2 (Izz Qistina Syaza) sempena hari ibu di sekolahnya.. Kertas warna oren itu tercatat 'Saya Sayang Ibu..' tu pun dia tampal terbalik hehe..
















Wednesday, May 21, 2008

To All Mothers...

Salam,

Dan sesungguhnya, sabda Rasullullah SAW, dia memberitahu kami supaya taat pada Allah SWT dan RasulNya sentiasa, taatlah pada ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu dan barulah ayahmu...

Ina ingin berkongsi nasyid ini yang buat pertama kali ina dengar dalam telefilem 'Demi Masa' yang disiarkan sempena Hari Ibu di TV3 pada 10 Mei, membariskan pelakon seperti Sheila Rosli, Rozie Rashid, Aida Razdwill, Radhi Khalid, Mohd Syafie Naswip, Fizz Fairuz, Iqram dan Chomatt Samad.. perghh cerita dia memang best.., menghayat hati dan berunsurkan dakwah... Ina puji betul.. inilah cerita yang baik untuk teladan. Nasyid ini didendangkan oleh penyair Arab yang terkenal iaitu Ahmed Bukhatir berjudul 'Ya Ummi'. Nasyid inilah yang diadaptasikan menjadi idea cerita ini yang mengisahkan seorang anak yang malu akan ibunya yang buta. Sebenarnya ibu ini buta kerana telah mendermakan matanya buat anak kesayangannya dalam insiden yang menimpa mereka. Malangnya anak ini telah melupakan ibunya dan tidak sempat meminta maaf pada ibunya yang telah meninggalkannya buat selama-lamanya.. Namun Ibu yang berhati mulia ini telahpun memaafkan segala kesalahan anaknya..


Ahmed Bukhatir-Ya Ummi

Translation:

Album: Samtan (In Silence)
Lyrics
CHORUS
I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
Happy that you are aliveسرورا في محياك

How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري

CHORUS

obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر

Friday, May 16, 2008

Sek Men Keb Puterijaya 92-95




Jika sesiapa yang mengenali aku sewaktu di SMKP dulu..then terbukak blog nie contact la aku ek.. ntah ape cerita korang suma..

Bagi member2 SMKP dari SKKP dulu.. Maslinda, Nora dan yang lain gambar dia takda lagi.. I miss U all..

Sek Men Khir Johari, Beranang memories... 1996




Inilah gambar yang sempat ina ambil masa di waktu Sekolah Menengah Khir Johari, Beranang pada tahun 1996 Tingkatan 5.

Graduation's Day 2001 - UTM Skudai




Inilah saat-saat yang ingati setelah berpenat lelah study bagai nak rak... hari itulah pengiktirafan diberi.. dulu ina belajar kat Kolej Negeri francais ngan UTM sebab tu lahh.. grad kat UTM Skudai.. untuk member2 kolej dulu.. semoga berjumpa direunion kite yang dijangka pada bulan Julai nanti.. kite lawan bowling tau...

Thursday, May 15, 2008

IKBN Dusun Tua (P66)

SMKJ dalam kenangan...




Inilah jejaka-jejaka 5 Kejora 1996 di SMKJ..

Maaf sekiranya gambar-gambar ini ada yang tak berapa baik kualitinya.. sebab terkena air banjir..

Saturday, May 10, 2008

Bercuti ke langkawi.. 23-26 April 2008






Inilah coretan pertama dalam blog ini.. gambar dia atas adalah yang terkini buat kami sekeluarga. Alhamdulillah percutian kami di langkawi selama 4 hari 3 Malam meninggalkan kenangan yang indah.. semoga kami berpeluang lagi ke sana...

Walaupun pada hari yang kedua kami hanya dapat menghabiskan hampir satu hari di bilik hotel sebab hujan turun.. ikutkan habis lah kitaorang pusing2 satu langkawi tu...

Langkawi banyak berubah last sekali ina pergi masa berumur 11 tahun. Sewaktu itu siap bole masuk kat makam mahsuri.. sekarang tengok tang jauh jer la...

Okay..

Wassalam...