Saturday, February 14, 2009

Insiden di hari pertama persekolahan 2009

Salam,

Ingin ina berkongsi mengenai anak bujang ina seorang tu.. semasa hari pertama persekolahan dia terjatuh sewaktu kawan dia tolak di bilik air sekolahnya dan luka di kepala dan pengetua tadika YADIM telah membawa terus Syahmi ke Hospital. Ina puji juga sikap cikgu dia yang bertindak pantas dan dapat mengelakkan pendarahan yang lebih banyak. Syahmi menerima 5 jahitan dan luka nye tidak terlalu dalam tetapi agak panjang.

Masa cikgu dia telefon ina kebetulan turun makan awal di kafe Mahkamah dalam jam 12.30 tgh, tak sempat ina habiskan makanan ina terus bergegas ke Hospital. Ina terus hubungi Ijam dalam perjalanan tersebut.

Alhamdulillah babah dia sampai awal, Ina kalau ikutkan tak sanggup nak tengok Syahmi kena jahit. Meraung jugak dia sampai kedengaran kat luar.

Syahmi ni memang suka bergurau dan kadang2 kasar jugak walaupun badan kecik camtu.. apa pun amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana semuanya adalah dugaanNya.



Saturday, January 3, 2009

Sepetang bersama babah.. lari dari semburan kabus

Salam,

Tengoklah gelagat anak bujang kami Syahmi ni.. erm dia ni memang penakut dari kecik lagi.. ntah ler... Babah dia bawak gi taman kat Presint 16, ade kompleks kejiranan dekat dengan Sek Men P16 tu sebab lari dari fogging .. Sana ade swimming pool utk dewasa ngn kanak2.. so far lom pernah bawa mandi kat situ sebab takde baju renang hehe.. Ina plak gi soping sowang2 kat alamanda beli susu anak. Tengok la gelagat dorang nie jarang sekali dapat pergi ngan babahnya..







saja selitkan video ini kat alamanda sewaktu shopping hari raya tahun lalu.

Thursday, December 25, 2008

Reunion ex-SKKP 86-91 @ Hotel Impian Morib, Banting (29-30 November 2008)

























Kami ingin berkongsi gambar kenang2an yang diambil sewaktu kami pergi ke Reunion sekolah rendah Ina di Sek. Kebangsaan Kg. Pandan atau nama kini Sek. Kebangsaan Tun Hussein Onn yang terletak di Kg. Pandan dalam. Sewaktu ina beritahu pada teman2 sepejabat dan teman yang lain rata2 mereka terkejut kerana jarang2 sekali Reunion melibatkan Sekolah Rendah ini. Idea ini tercetus dari sepasang teman kelas Ina yang telah berkahwin.. merekalah yang bersungguh-sungguh mengumpulkan nombor telefon teman2 yang lain.

Alhamdulillah Reunion kami buat pertama kalinya berjaya dilaksanakan bulan lepas. Cuma Ina yang tidak berkesempatan untuk membuat catatan di sini.

Ina juga berbesar hati kerana cikgu kelas kami turut hadir dan bermalam untuk bertemu semula sekian lama setelah 17 tahun tidak bertemu kami. Rata2 wajah teman2 yang tidak banyak berubah dan hanya seorang sahaja yang Ina tidak kenal pada mulanya. Harapan Ina agar tahun hadapan dpat meneruskan tradisi ini.. semoga ikatan 'Keluarga Kami' ini dapat berkekalan.. Sila layari blog sekolah Ina untuk berita selanjutnya..atau 'Keluarga Kita' kami Kelas Kenanga 86-91 ex-SKKP.

Friday, November 21, 2008

ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Wednesday, November 12, 2008

Majils Konvokesyen Tadika YADIM kali ke-7

Salam,

Ahad baru2 ini, kami ke Majlis Konvokesyen Tadika YADIM, pastu terlambat la sket datang rupanya aturcara start pukul 9.00pg. Sempat la gi.. breakfast dulu.. Tapi budak2 nie blom la grad lg sebab dua2 lom 6 tahun lagi..

Okay lihat la beberapa gambar ini..

Sunday, November 2, 2008

Cool Photo Funia Effect



Saja boring2 tgk member wat cam best jek just follow la nie hehe... www.photofunia.com

Wednesday, October 15, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008



Gambar ini dirumah Ijam di Kuala Pajam, Beranang. Maaf kepada saudara n kengkawan sumer yang tak dapat kami g beraya sebab anak kami demam pada raya pertama tu.. Ingatkan dah okay raya kedua g beraya gak.. Raya ketiga dok umah jek.. percutian kami ke Cameron pun terpaksa dibatalkan.. tempat sejuk takut melarat plak.. Ina pun demam raya keempat.

Jangan lupa yer datang umah.. sentiasa open jek nie...

Okay Da Wassalam.