Monday, July 12, 2010

Majlis Sukan Tadika Yadim 2010

Salam..

Beginilah kalau life dah semakin sibuk.. sampai dah takde mood nak menulis pada blog lagi.. namun ku kuatkan semangat untuk kembali menulis pada blog ni..

Cuma nak kongski gambar yang diambil sekitar Majlis Sukan Tadika YADIM 2010 untuk tatapan sahabat sekalian.. rasanya member2 yang dulu rajin jenguk pun dh tentu tk kunjung lagi.. ye la takde dah update sekian lama..



'
Acara 4 Tahun : Lari Bawa Bola Dalam Gelung






Acara 6 Tahun : Lari Dalam Gelung

Thursday, June 3, 2010

Our Wedding 8th Annyversary

Salam,

Lama sungguh rasanya tak mencoret kat sini.. semalam adalah tarikh keramat bagi ina dan ijam di mana kami disatukan. Alhamdulillah.. kami masih lagi kekal ngan 3 orang anak.. Syahmi pun dah darjah 1 tahun ni..

Perancangan memang kalau boleh nak maintain je 3 orang anak jer dulu sementara ina nak habiskan study. Memang busy betul life sekarang sebab kena bahagikan masa dengan family dan study. Terima kasih atas dorongan semua terutama suami tercinta untuk mengharungi liku2 kehidpuan yang makin sibuk ini.

Nanti la ina kongsikan gambar kawen dolu2 yer.. masa pindah aritu dah simpan dalam kotak masih belum dikeluarkan..

Akhir kata dari Ina.. semoga ikatan kasih ini kekal selamanya hingga badan dikandung tanah.. walau apa pun badai melanda.. ina akan tabah mengharunginya..

Suamiku hanya akan pulang esok malam.. hadiah katanya tunggu bonus.. hadiah dia dah sampai semalam.. lepas ni boleh la online dengan babah kat office.

Ok, Da Wassalam..

Monday, June 22, 2009

Hobi lama muncul kembali

Salam,

Nak tahu tak hobi ina ngan ijam dulu..? Hah! Mula2 ina didedahkan oleh ijam pasal bab2 memancing ini sampai ina sendiri dah jatuh cinta bila dapat menarik ikan satu masa dulu. Masa tu kami baru berkahwin kira honeymoon sambil memancing la.. Ina lah yang paling banyak dapat ikan.. erm bestnya waktu tu. Satu je lah bab ina tak tahu dan memang takut sebenarnya nak cabut mata kali dari mulut ikan tu lebih2 lagi ikan yang ada bisa macam ikan patin dan keli.

Ina lama juga berhenti memancing lepas dah mengandung sarat dan sampailah anak ina yang tua bermur 6 tahun. Bila ingat2 balik masa mengandung dulu pun ada jugak tu.. nasib baik la tak kenan kat anak kami alhamdulillah.. sebab niat kami baik bukan tujuan menyeksa ikan2 tu. Bila hobi ni muncul balik, ina masih ingat lagi macam mana nak baling umpan tapi malangya dah 3x pergi belum ada rezeki nak merasa mengepam ikan hehe.. istilah kaki pancing ni. Sebenarnya hobi ni memang kadang2 membosankan jika kerap sangat tak dapat ikan dan pulang dengan tangan kosong.

Semalam kami pergi ke Kolam Sebare, Beranang dan tujuan memang nak menduga kolam di sana tetapi anak kami pula demam. Kami hanya pergi untuk melihat2 saja dan ternyata kolam tersebut memang indah dengan lanskapnya yang terpelihara.

Kemudian ijam singgah juga kolam Kesuma dan menghala ke semenyih untuk melihat aktiviti2 memancing di sana pula sampai la ke sg tekala. Sukida Resort Sg Tekala, pernah kami hadir sewaktu masuk bertanding di sana.

Kolam Seri Bayu Tekala pula kolam yang kami nanti2kan untuk mencuba nasib nanti.. bayu tekala juga menyediakan chalet untuk yang bermalam. Juga senang untuk park n pancing hehe.. sebab kita boleh sahaja parking kereta dengan tempat kita memancing. Ada juga plan nak beli khemah untuk anak2 bermain.

Harapan kami semoga hobi ini dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga.

Saturday, April 25, 2009

Sukan Tahunan Tadika YADIM Kali Ke-8 2009

Assalammualaikum,

Sekejab je masa berlalu dah tiba sukan tahunan bagi Tadika YADIM yang telah berlansung ahad lepas. Ina terpaksa juga pergi seorang tanpa ditemankan oleh Ijam atas sebab Ijam ada Pertandingan Amatur Sukan Ping Pong di Bangi. Namun begitu ia tidak mematahkan semangat anak-anak kami untuk bersukan pada hari itu. Cuma Ina tak dapat la join acara ibu bapa kerana membawa si kenit tu bersama. Tapi rasa tak menyesal pun kerana acara ibu tiup belon sampai pecah... ishhyy ina memang takut nak tiup sampai pecah hehe... Ijam pencapaiannya semasa pertandingan dapatlah masuk suku akhir bagi acara perseorangan dan bergu.

Acara dimulakan dengan persembahan tarian dari murid tahun 5 dan 6. Syahmi masuk tarian iban kot huhu.. sebab cara persembahan dia.. tapi yang kelakar tu dia boleh beraksi pulak lepas tu.. nak kata bersilat cam kung fu pun ada huhu..




Syaza yang mewakili rumah Biru memasuki acara Lompat belon kemudian match card.. kita boleh lihat aksinya di bawah ini.. dan menjadi Johan acara tersebut.




Syahmi mula mewakili rumah Merah bagi acara lompat dalam guni (tapi pakai kain sebenarnya hehe..)namun tewas juga dapat tempat ketiga sebab kawan dia yang akhir sekali perempuan pastu ada ibu bapa yang bukan main seronok menyokong ni ingatkan dia bukan yang terakhir dan budak perempuan ni telah patah balik.





Pertandingan Amatur Sukan Ping Pong Adun Serdang



Lupa plak cerita pasal Ijam hehe... ada juga gambar yang sempat diambil semasa pertandingan tersebut yang berlansung selama 2 hari..


















Ini lah rakaman yang dibuat sewaktu ijam tewas ditangan brother ni.. badan dah lebih kurang sama tu..




Sesuatu yang baru kami miliki

Salam,

Lame sungguh ina tak mencoret di blog ni.. nak cerita sedikit last two weeks kami telah membeli sebuah meja ping pong.. bukan main semangat babah nya untuk mendidik anak2nya menjadi pemain ping pong terkenal suatu masa nanti.

Percaya atau tidak meja tu dipasang dalam rumah dan terpaksalah meja makan dan TV dianjakkan.. Rasanya nanti bila nak raya kena simpan lah yer.. Impian kami memang ingin mendidik anak 2 kami supaya dapat mengharumkan nama negara.. Juga dijadikan riadah keluarga kami bila ada masa terluang.. Bajet tu pula kami perolehi dari hadiah yang diterima oleh ina sempena penganugerahan perhidmatan cemerlang 2008 yang bakal ina terima 29hb ini. Ina mendoakan agar dengan berkat wang itu nanti ina dapat sumbangkan semula kepada negara.

Kemudian dengan bajet itu juga dapatlah menambah water heater dirumah ni yang menjadi keperluan untuk budak2 ni mandi pagi taklah berebut dengan bilik air bawah..

Harapan kami semoga anak2 kami ini dapat menjadi atlit sukan ping pong.. Amin..

Da Wassalam..

Tuesday, March 10, 2009

Kami sudah tonton Geng: 'Pengembaraan Bermula’

Assalammualaikum,

Semalam memang tidak dirancang on the spot jer ina ajak hubby gi tengok cinema cerita Geng. Cerita 3D animasi yang mula2 aritu memang fully booked, so kitowang tunggu la reda sket dahulu. Budak2 pun sibuk nak tengok cerita tu. So kami cuba lah tengok kat GSC, Alamanda kot2 ada kosong.. kami sampai dalam pukul 8 malam. Ternyata memang banyak lagi kerusi yang kosong. So kami duduk di bahagian tengah sekali, sempat juga la gi soping dulu di carefour untuk beli barang keperluan. Rasanya kali kedua pengalaman Syahmi dan Syaza cuma mereka tak ingat sebab masa dulu dorang kecik dan dah lama kami tak menonton. Mirza memang first time dia tengok wayang ni. Mirza nampak cemas sket sebab dia tengok skrin tu besar ngan sound system yang kuat. Dia memang penakut sket dengan bunyi yang kuat. Jadilah budak baik senyap jek and last2 tido jugak yerla kami tengok tayangan pukul 9.30 malam.

Komen ina pada cerita ni memang menarik dan unsur2 fantasi yang digarapkan. Ada suspen, seram dan sedih. Background memang cantik dan 3D animasi yang kemas. Memang susah kerja2 production ni sebab ina ada pengalaman bersama budak2 yang buat video klip TYCO dulu. Cuma jalan cerita yang agak panjang, budak2 hilang minat sikit sebab anak ina syahmi sibuk nak balik dia kata lama sangat.

Ina ucapkan syabas kepada team yang buat cerita 3D... kerja selama 3 tahun memang tidak sia2.
Adios.
Wassalam